Thursday, 19 September 2013

Makanan Yang Rasullah Suka Makan


Makanan yang berkhasiat menjamin kesihatan tubuh badan dan kecerdasan minda.Justeru,Rasulullah SAW sangat teliti dan hanya makan makanan yang kaya dengan khasiat.’You are what you eat’.Jadi,nak makan tu pilih betul-betul biarpun orang sekeliling melabelkan kita ‘picky’.Asal jangan ganggu rumah tangga orang sudah.gituwww.

1.            Cuka
Abdullah bin Abdurrahman berkata yang maksudnya : “Lauk pauk (campuran roti) yang paling baik adalah cuka.”(Riwayat Timidzi ,Muslim dan Ibnu Majah)


2.            Daging Ayam
Zahdam al-Jarmi meriwayatkan yang maksudnya : “Suatu hari,kami berkumpul bersama Abu Musa al-Ansy’ari r.a lalu dihidangkan kepada kami daging ayam.Melihat hidangan itu,seseorang pergi menjauh.Abu Musa al-Ansy’ari bertanya kepadanya,’Kenapa engkau menjauh?’.Orang itu menjawab , ‘Saya melihat ayam memakan makanan kotor . Maka , saya bersumpah untuk tidak memakan ayam.’Abu Musa al-Ansy’ari berkata,’Kemarilah .Sungguh, aku pernah melihat Rasulullah SAW memakan daging ayam.” (Riwayat Tirmidzi , Bukhari , Muslim , Nasa’I , Darami dan Ahmad)


3.            Daging Burung Hubara (Ayam Balanda)
Safinah r.a meriwayatkan yang maksudnya : “Aku pernah memakan daging daging burung Hubara bersama Rasulullah.” (Riwayat Tirmidzi dan Abu Dawud).


4.            Manis-manisan dan Madu
Aisyah r.a meriwayatkan yang maksudnya: “Rasulullah menyukai manis-manisan dan madu.” (Riwayat Timidzi , Bukhari , Muslim ,Abu Dawud dan Ibn Majah)


5.            Daging Bakar
Abdullah bin Harith r.a meriwayatkan yang maksudnya:”Kami memakan daging bakar bersama Rasulullah SAW di dalam masjid.” (Riwayat Tirmidzi , Ibn Majah dan Ahmad)

6.            Roti dan Kurma
Yusuf bin Abdullah bin Salam r.a meriwayatkan yang maksudnya : “Saya melihat Rasulullah SAW mengambil sepotong roti gandum lalu meletakkan kurma di atas roti itu dan berkata, ‘Ini (kurma) adalah campuran ini (roti).’ Lalu Baginda memakannya.” (Riwayat Tirmidzi , Abu Dawud, Baihaqi dan Baqawi)


Jadi,janganlah makan kerana terlalu mengikut nafsu.Namun,makanlah dengan sederhana dan ambillah  makanan yang sihat.Rasulullah SAW juga menyarankan supaya kita makan ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang.Sambil-sambil pergi pasar tu,cuba panjangkan tangan tu beli makanan yang Rasullah suka.Dalam sunnah ada kejayaan kan?gituwwww.Semoga kita semua mampu untuk mengamalkan sunnah Rasulullah ini.

No comments:

Post a Comment