Monday, 1 September 2014

Hati Yang Kosong


Dalam hati kita,ada satu lompong.Kosong.Tidak terisi.
Kita semua merasakan kekosongannya.Ruang itu sunyi.Kita takut dengan kesunyian yang ada dalam ruang itu.

Akhirnya,kita mula mencari sesuatu bagi mengisinya.Ada yang mencari harta,ada yang mencari pasangan,ada yang mencarinya dengan memanjat gunung, dan menyelam ke dasar lautan.Ada yang berusaha mengisinya dengan menganiaya orang lain, dan ada juga yang mengisinya dengan cara menggembirakan orang lain.

Tetapi, semuanya ibarat berpusing dalam bulatan.Perasaan kosong itu tetap tidak terisi.Kita berasa takut dengan kekosongan itu.

Apakah kekosongan itu?Apakah yang patut diisi?

Itu adalah ruang khas untuk Allah s.w.t. Kosong,kerana kita tidak mengisinya dengan perkara yang patut kita isikan padanya, iaitu kepatuhan dan ketaatan, serta pergantungan kita kepada-Nya.