Monday 23 February 2015

Bertahanlah Wahai Hati!


Penat.Letih.Puas.Muak.Putus asa.

Aku tak tahu yang mana satu perasaan aku bila aku mula 'study'.
Semua perasaan bercampur gaul menjadi satu.

'Study'.
Aku sedar yang tak semua benda aku boleh buat.

Tapi...

Menuntut ilmu(baca) adalah wahyu pertama daripada Allah kepada Rasulullah s.a.w.
Kenapa dengan diri ini?

Tak kuat dengan godaan syaitan?
Mungkin.

Bertahanlah.
Kuatkan hatimu.
Siapa lagi nak ubah nasib sendiri kalau bukan diri sendiri?

Ubah nasibmu.
Jangan malas.
Lawan tetap lawan.
Berjihadlah dengan diri sendiri.
Doa banyak-banyak.
Ini kalilah!

30 Wasiat Imam Syafi'i



Dah bersawang rupanya blog ni.Nak bagitahu,admin baru sahaja habis bercuti walaupun cuti ada baki lagi tapi balik kolej nak fokus kepada 'exam final'.Bila duk rumah yang tak dapat fokus 100%.

Tanggal 14/2/2015,ayah aku kirim Samsung Galaxy S4 untuk ganti 'smartphone'nya yang uzur.Alkisahnya,aku terjenguk buku-buku kat SMO,KB Mall.Antara buku yang menarik perhatian aku adalah '30 Wasiat Imam Syafi'i'.Aku nak berkongsi sikit biodata Imam Syafi'i ni.


Imam Syafi'i adalah ulama yang tergolong dalam ulama salaf berpengaruh dan digelar dengan gelaran Imam Mazhab.Ketokohan beliau tiada bandingannya.Sama ada pada zaman beliau hidup ataupun selepasnya.Hujah-hujah beliau tidak mampu dipatahkan oleh sesiapa pun yang berdepan dengan ulama yang berani dan tegas.

Berjuta-juta umat Islam merujuk kepada Imam Syafi'i sama ada semasa beliau hidup ataupun selepas beliau meninggal dunia.Semua ini menunjukkan bagaimana besarnya pengaruh dan peranan Imam Syafi'i dalam kalangan umat Islam dan para pemikir Muslim.

Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Idris.Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafi'i bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad s.a.w pada datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang ketiga, iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah,nama sebuah kampung yang terletak dalam daerah Palestin,pada bulan Rejab 150H atau 767M.Tempat asal ayah dan bonda beliau adalah Makkah.Imam Syafi'i lahir di Palestin kerana pada waktu itu bondanya pergi ke daerah itu bagi mendapatkan keperluan penting.Namun,dalam perjalanan menuju ke Palestin,ayah beliau meninggal dunia.Pada masa itu,Imam Syafi'i masih berada di dalam kandungan ibunya.Selepas berumur dua tahun,barulah Imam Syafi'i dan ibunya kembali ke Makkah.

Semasa berumur sembilan tahun,beliau sudah menghafal 30 juzuk Al-Quran.Semasa berumur 19 tahun pula,beliau sudah memahami isi kitab Al-Muwatha',karangan Imam Malik.Tidak lama selepas itu,beliau menghafal Al-Muwatha'.Kitab Al-Muwatha' mengandungi hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang dihimpun oleh Imam Malik.Oleh kerana kecerdasannya ketika berumur 15 tahun,beliau diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat jawatan sebagai guru besar ilmu hadis serta mufti di Masjidil Haram,Makkah.

Semasa berumur 20 tahun,Imam Syafi'i belajar di tempat Imam Malik di Madinah.Selepas itu,beliau ke Iraq,Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah.Ketika berusia 29 tahun,beliau pergi ke Yaman bagi menuntut ilmu pengetahuan.

Berkaitan dengan ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah s.w.t. pula,diceritakan bahawa pada setiap malam beliau membahagikan waktu malam kepada tiga bahagian.Satu per tiga malam beliau gunakan untuk kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga.Satu per tiga malam untuk solat dan zikir,manakala satu per tiga lagi untuk tidur.