Tuesday, 19 May 2015

Gagal

Hari ini keputusan peperiksaan keluar.
Macam biasa,aku meletakkan harapan yang tinggi iaitu lulus.

Bila aku menyelusuri kertas keputusan mencari nombor matrikku,'FAIL'.Tulisan 'FAIL' tu di'highlight'.

Tersentak hatiku.
Aku mula mempersoalkan diriku.
'Aku pergi kelas sampai petang,itu je yang aku dapat?'
'Layakkah keputusan aku itu dengan status aku sekarang?'
'Aku antara AJK yang aktif dalam persatuan Islam di universiti aku,inikah yang aku dapat ganjarannya?'

Aku cepat-cepat istighfar.
'Astaghfirullah'....

Syaitan telah membisikkan hatiku supaya bersangka buruk dengan Allah.

Kecewa?Ya,aku kecewa.Tapi aku tak kecewa jika keputusan ini terbaik untuk aku.Dengan redha Allah aku gagal,aku redha.

Keputusan yang aku dapat ini menggambarkan siapa diri aku yang sebelum ini.Allah nak aku berubah.Aku kena kuat.