Al-Insyirah : 5-6
"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan."
Alhamdulillah.Aku berjaya lepas salah satu 'nightmare' bagi mana-mana pelajar perubatan iaitu Professional Exam I.Format pembelajaran bagi 'batch' aku,untuk habiskan Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan(MBBS),kami kena lepas 3 Professional Exam atau dikenali sebagai Pro Exam.
Pro Exam I,melayakkan pelajar dari Fasa I(pre-klinikal atau pembelajaran teori) ke Fasa II(klinikal).Pro Exam I ini dijalankan semasa pelajar berada di Tahun 2.Subjek Tahun 1 dan Tahun 2 akan ditanya dalam peperiksaan tersebut sama seperti SPM.
Pro Exam II,akan diadakan semasa pelajar berada di Tahun 4.Jika pelajar lulus,mereka akan layak ke tahun seterusnya,iaitu Tahun 5.Pro Exam III,akan diadakan semasa pelajar berada di Tahun 5.Jika pelajar lulus,mereka dikira berjaya habiskan sarjana tersebut.
Untuk Pro Exam I,jika pelajar tidak lulus,mereka akan menduduki peperiksaan ulangan atau 'remedial exam I'.Jika mereka tidak lulus 'remedial exam I',mereka akan menduduki 'remedial exam II'.Jika mereka tidak lulus peperiksaan tersebut,mereka terpaksa mengulangi tahun pengajian tersebut jika mereka ingin meneruskan perjuangan.
Kenapa 'nightmare'?Kebanyakan kawan-kawan aku menganggap Pro Exam ni susah sebab kena 'cover' semua 'lecture note' dari 'slide' pertama hingga ke 500 lebih 'lecture note' kalau tak silap aku.Bagi aku,Pro Exam ni tak susah sebab tak semua benda dalam 'lecture note' tu akan ditanya.Hanya benda 'basic' dan penting saja yang akan ditanya.Itu sangkaan aku pada mulanya.Inilah 'nightmare' aku.Aku tak ada asas untuk bidang ini.Aku masuk universiti agak lewat berbanding kawan-kawan yang lain.Rasa ketinggalan.Aku ingat lagi,orang lain dah memecut laju dengan 'block' GIM tapi aku sibuk bertatih nak hadam 'block' BMS.Mungkin sebab itu aku tidak mendapat keputusan yang baik untuk setiap End Block Exam.
Semasa peperiksaan,alhamdulillah.Sangkaan aku betul.Cara 'study' aku,"Study smart not study hard" menjadi.Aku hanya 'study' basic pathology,basic microb,basic pharmacology dan aku 'apply' ke semua block.Senang nak ingat.Senang nak faham.
Semester 2.Pertengahan tahun 1 aku di universiti,aku dilantik menjadi AJK Multimedia untuk satu persatuan Islam di universiti.Banyak aku belajar.Pada mulanya,aku menggagap aku dapat membahagikan masa belajar dan masa untuk beroraganisasi.Lama-kelamaan,aku mengaku banyak masa aku dihabiskan untuk organisasi.Ada sebabnya.Nanti aku buat post lain.'Meeting' sampai lewat malam sampai 'golden hour' aku digunakan untuk menguruskan program untuk orang lain.Aku sabar.Tiap-tiap kali keputusan peperiksaan keluar,jauh dalam hati aku,aku menyalahkan organisasi tersebut sebab aku dapat keputusan yang tidak memberangsangkan.Aku sabar.Aku tahu Allah sedang uji aku dengan keputusan sebegini.Aku terus sabar.
Semasa hari Pro Exam diadakan terutama sekali untuk slot OSPE,tiba-tiba komputer di ANAT Suite tidak berfungsi.Kami dikuarantin selama 4 jam.Peperiksaan yang sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi terpaksa ditangguhkan ke pukul 12 tengah hari.Kebanyakan daripada kami meluahkan yang itu suatu petanda buruk.Bagi aku,itu suatu pertolongan.Pertolongan yang tidak disangka-sangka.Kuarantin itu banyak memberi waktu kepada aku untuk bertenang dan mengumpul semangat untuk menjawab soalan.
Alhamdulillah.Akhirnya aku lulus Pro Exam I.Berkat kesabaran,doa ibu ayah,doa keluarga dan kawan-kawan.Poin penting yang aku nak nyatakan ialah kita mesti sabar dalam menghadapi ujian.Sabar walaupun tidak nampak jalan keluar.Allah akan membuka pintu yang tidak disangka-sangka.Lalui ujian dan kesusahan dan dengan izin Allah,Allah akan beri kemudahan untuk menjalani jalan itu.Yang penting,niat kerana Allah.