Saturday, 19 September 2015

Budak Media


Budak Media
Bos Media
Doktor Media
Cikgu Kamera

Ya.Ini antara gelaran aku.Dari kawan-kawan sekolah rendah sampai ke kawan-kawan di universiti panggil aku dengan panggilan tu.Ada ketikanya,aku tertanya-tanya diaorang semua ni tahu ke tak 'Apa itu media?'.

Kalau cari dalam kamus,ada yang menyatakan media ni perkataan plural untuk medium.Ada yang membawa maksud komunikasi.Ada juga juga yang ada kaitan pasal seni dan culture medium untuk bakteria.Adakah aku ini alat komunikasi?Adakah aku ini lecturer microbiology?Adakah sebab sepupu aku produser filem(Up sepupu sikit😁)?Mungkin mereka panggil aku dengan panggilan itu sebab aku reti guna perisian Photoshop,Adobe After Effect,Sony Vegas dan pelbagai lagi perisian untuk mencipta poster,manipulasi gambar,audio serta video.Mungkin.

Secara peribadinya,aku tak suka digelar dengan gelaran-gelaran itu.Seolah-olah,hidupku dan matiku hanyalah untuk perkara sebegitu(cewwah macam tajuk telenovela bersiri) dan itu saja kebolehan aku.Tidak.Aku ada lagi kebolehan dan bakat lain yang terpendam dan tidak tertunjuk.

Bagi aku,kebolehan aku menggunakan perisian tersebut adalah asas komputer yang mana, itu semua benda wajib untuk semua insan kena mahir untuk hidup di zaman IT dan teknologi(macam lirik lagu merdeka la pulak🙊).Kemahiran komputer itu sepatutnya menjadi kemahiran asas sama tinggi dengan kebolehan membaca dan menulis.

Sebagai contohnya,aku sebagai pelajar perubatan.Akan ada subjek elektif yang mewajibkan aku kena buat poster,video,online survey dan Powerpoint presentation yang memerlukan aku menggunakan perisian-perisian tersebut.Jadi pelajar perubatan tak semestinya kena tahu diagnosis,penyakit dan ubat saja.Ilmu Allah itu kan luas.Belajarlah ilmu yang bermanfaat.

Satu benda lagi aku nak cakap pasal media.Sekarang zaman fitnah.Kebanyakan orang senang percaya dengan info asalkan ada gambar tanpa tabayyun dulu(Kalau tak tahu maksud tabayyun,sila tanya budak usrah😆).Orang yang jahil pasal media akan senang percaya berbanding orang yang arif.Alhamdulillah,mata aku dapat kesan sama ada gambar itu di edit atau tidak.

Betul la orang kata yang kita kumpul harta,kita yang kena jaga harta itu.Bila kita kumpul ilmu,ilmu jaga tuannya.

Thursday, 17 September 2015

Tips,Trik & Pengalaman Praklinikal Medik



Kali ni aku nak berkongsi pengalaman dan tips belajar medik terutamanya untuk tahun praklinikal.Aku bukanlah pelajar yang terbaik untuk memberi tips tapi sekurang-kurangnya,mungkin ada yang dapat pedoman dan iktibar.Aku juga faham yang tips aku ni tidak semua orang boleh guna pakai sebab lain orang,lain caranya.

1. Mula-mula niat.Kalau siapa-siapa pernah belajar atau baca Hadis 40 oleh Imam An-Nawawi,hadis yang pertama dalam Hadis 40 ialah pasal niat."Innamal amal bil niat" atau maksudnya "Sesungguhnya amal bergantung pada niat".

Dalam 2 tahun melayari tahun praklinikal,sejujurnya aku sendiri tidak tahu apa niat aku menceburi bidang perubatan ini.Banyak kali aku tanya pada diri aku sendiri,kenapa aku sanggup ambil bidang ni walaupun tahu bidang ini susah dan panjang?Jadi doktor sebab nak duit banyak?Jadi doktor sebab nak puaskan hajat ibu bapa?Jadi doktor sebab nak perempuan tergila-gilakan aku?Kenapa?

Persoalan-persoalan tu buatkan aku bingung.Aku tak dapat jawapan kenapa Allah meletakkan aku dalam jalan ini.Sehinggalah suatu hari aku dengar tazkirah.Ustaz menyatakan yang Allah buat sesuatu itu bukan sia-sia.There's a reason behind these.Mesti ada hikmahnya.Aku terima peringatan itu.Sejak hari itu,kalau aku 'lost' atau rasa 'distracted' bila diuji dengan bisikan persoalan kenapa aku ambil medik,aku cepat-cepat istighfar dan terus niat, 'Aku buat semua ni kerana Allah.'

2. Doa.Ketika berada di tempat atau waktu yang afdhal berdoa,banyakkan berdoa untuk orang lain.Lagi bagus kalau kau sebut nama dia terus.Selawat dan doakan ibu bapa.

Ada diantara kawan-kawan aku yang belajar fulltime.Kelas pun tak pernah ponteng tapi tak lulus.Ada juga yang boleh kata masanya diisi dengan bermain game.Kelas kerapkali ponteng tapi lulus peperiksaan.Semua ada rezeki masing-masing.Jangan pernah putus asa berdoa.

3. Solat dhuha dan amalan baca al-Quran jangan tinggal.Solat dhuha adalah kunci rezeki.

Bagi batch aku,kelas biasanya bermula pukul 8 pagi.Waktu dhuha biasanya masuk pukul 7.30 pagi.Sempat lagi nak solat dhuha di bilik sebelum ke kelas.Kalau terlepas waktu itu,waktu rehat pukul 10 pun sempat lagi.

Sejujurnya,ada masa aku akan futur dan rasa malas gila nak baca al-Quran.Naqib aku pernah pesan,paling kurang kalau malas nak baca al-Quran,tengok saja pun dah memadai.

4. Hadir dan datang kelas awal.Kalau kelas mula pukul 8 pagi,sekurang-kurangnya pukul 7.55 pagi sudah berada di kelas.Jangan biarkan 'tok guru' sampai ke kelas dulu daripada anak murid.Ini sebahagian daripada adab.Bagi aku,orang yang datang lewat ke kelas kurang beradab kerana dia tidak menghormati masa dan 'effort' guru tersebut.

Kehadiran kalau boleh bagi 'full'.Ini untuk 'first impression' guru kepada anak muridnya.Peraturan di universiti aku menetapkan kehadiran tidak kurang 80% untuk mengambil Pro Exam.Aku akui,kehadiran aku tidaklah penuh.Ada jugak masa aku ponteng kelas.Ada lagi kawan-kawan aku yang lagi teruk ponteng daripada aku.Nak ponteng kelas pun ada triknya.Triknya ialah,'lecture' pada awal block jangan ponteng langsung.Tahan diri daripada ponteng.Maklumlah,tiap kali 'exam',kami tidak mendapat 'study week' yang secukupnya.Kalau nak rasa 'study week',make one dengan ponteng kelas minggu terakhir block yang kebanyakan kelas terdiri daripada FLR,tutorial dan praktikal.Sesi-sesi tersebut adalah untuk mengulangkaji benda yang kami belajar dalam 'lecture hall'.Buat macam ni,kehadiran 80% akan 'secured' dan 'study week' pun dapat.Bagi aku win-win situation walaupun benda ni tidak digalakkan.Kalau mampu hadir semua kelas,lagi elok hadir.Jangan tiru aku.

5. Duduk di hadapan.Benda ni aku tak buat.Aku suka duduk belakang.Kenapa?Rahsianya,tiga baris dari belakang di kedua belah sayap kiri dan kanan ialah blind spot bagi lecturer di hadapan.Di kawasan ini,lecturer boleh nampak badan tapi muka tidak.Kebiasaannya,bila jadual 'packed',lecture mula pukul 8 pagi sampai pukul 12.30 tengah hari dengan senggang masa pada pukul 10 pagi selama setengah jam.4 jam bertahan dengan 100% konsentrasi amat mustahil bagi aku.Aku akan melelapkan mata dalam lecture hall pukul 9 pagi selama 10 minit untuk mendapatkan tenaga mengharungi lecture yang panjang.

Ada beza bila duduk di hadapan dan belakang.Bila kau duduk di hadapan,lecturer membisik pun kau dapat dengar.Duduk di belakang,lecturer cakap macam biasa pun dengar macam membisik.Poin aku,kau dapat fokus dengan apa yang lecturer kata.Bila kau duduk di belakang,kalau dapat lecturer yang tua,apa yang dia ajar kena fokus betul-betul.Kena 'sync' telinga dengan mata untuk dengar dan lihat apa yang lecturer kata.Mungkin sebab ini energy aku mudah drained dan buatkan aku mengantuk dalam kelas.

6. Bawa buku catatan.Cuba tulis dan buat outline apa yang lecturer ajar.Ini melatih aku supaya fokus dalam kelas.Satu jam lecture akan ada masanya aku akan mengelamun dan lost.Disini bergunanya nota tadi,aku dapat catch up balik apa yang aku tertinggal.

Kebanyakan pensyarah akan muat naik nota sehari sebelum lecture.Ini memberi kelebihan kepada pelajar yang ada printer dan cetak nota itu serta bawa ke kelas.Aku?Pada awal tahun aku suka buat cara itu.Lama-kelamaan,aku tinggalkan cara itu sebab banyak masa akan dihabiskan bersama printer.Aku lebih suka elemen surprise.Bila aku belajar benda baru,aku akan tertanya apa,kenapa,mengapa.Jadi aku akan banyak belajar sendiri.Disini bergunanya buku nota tadi bila aku dapat catat dan recall balik serta add up maklumat yang aku dapat dalam lecture hall tadi.

7. Buat nota.Dahulu aku tak suka belajar dengan buat nota.Membazir masa pada sangkaan aku.Mujurlah sistem pembelajaran aku banyak peperiksaan.Aku dapat try and error cara pembelajaran mana yang lagi berkesan.Akhirnya,aku dapat tahu cara pembelajaran aku dengan buat nota dan peta minda.Senang nak ingat.

Kebanyakan kawan-kawan aku akan baca balik apabila lupa.Tapi aku tidak.Bila aku lupa,aku akan tulis balik nota itu tadi.Bagi aku,yang akan mencorakkan jawapan di kertas soalan ialah tangan dan otak.Aku melatih tangan aku untuk mencorakkan satu kertas kosong dengan nota dan buatkan ia berwarna-warni supaya mudah nak ingat.Nak faham,baca.Nak ingat,tulis.

8. Belajar dan pegang basic sesuatu subjek.Aku suka meletakkan diri aku sebagai pensyarah dan tanya diri sendiri apa yang pensyarah akan uji dalam peperiksaan.Jika aku jadi pensyarah,aku akan tanya basic serta core kepada blok pembelajaran itu.Aku juga cuba mengaitkan jumlah markah dan soalan yang akan ditanya.Adakah apa yang aku belajar dan hafal ini akan ditanya dalam esei serta MEQ dan sebagainya.Jika aku jadi pensyarah,aku akan tanya accessory things yang mana pelajar mudah terlepas pandang.

Akan ada kawan-kawan aku yang suka menunjuk-nunjuk apa yang dia belajar dengan bersoal jawab walaupun aku tahu soalan itu tidak layak untuk ditanya dalam soalan esei atau MEG.Contohnya,"What is type of tumor in breast?','What is type of drug of muscle relaxant?','Give me a bacteria that cause tuberculosis?'.Nak psiko aku ke?

Kebanyakan soalannya sesuai ditanya untuk satu atau dua markah.Tidak sesuai ditanya dalam esei.Yang penting mechanism.Bila dapat 'cover' mechanism,soalan type,what,adverse effect dan sebagainya akan senang di apply.

Ada juga kawan aku yang belajar dan hafal drug dan pathology saja.Katanya,subjek lain boleh goreng,subjek pharma & patho kalau tak baca,tak dapat.Jangan kawan.Strategi itu salah.Ataupun strategi itu tidak berkesan kepada aku.Bagi aku,benda yang paling penting ialah mechanism atau pathophysiology.Bila dah pegang benda tu,drug dan pathology senang nak apply.

9. Semakin dekat dengan exam,kena luangkan masa untuk diri sendiri.Benda ni penting.Kurangkan tanggungjawab & keluar malam.Kalau rasa tanggungjawab atau amanah itu telah 'merosakkan' jadual pembelajaran,baik berhenti.Tugas utama kau masuk universiti akan terganggu.Kurangkan masa dengan kawan-kawan dan lebihkan masa di sejadah.Akan ada kawan kita yang cakap kita sombong lepasni.Jawapan aku,'Lantak!'.Masa senang kawan berduyun-duyun,masa susah batang hidung pun tak nampak.Aku belajar dari masa susah dulu.

10. "Nak dapat benda yang kita tak pernah dapat,kena buat benda yang kita tak pernah buat".Quote ni amat bermakna bagi aku.Kalau kau biasa study sambil meniarap dan kau pun dapat result yang 'meniarap',kena ubah cara study.Maknanya,kalau kau nak result gempak,kau kena usaha gempak jugak.

Kau rasa usaha kau ciput,jangan berharap dapat keputusan tinggi.Tu je pesanan aku.

11. "Usaha ibarat tiada tawakkal,tawakkal ibarat tiada usaha".Maknanya,usaha gila-gila ibarat tiada pertolongan daripada Allah(ada je sebenarnya,tapi anggaplah tiada),lepas dah jawab soalan,tawakkal gila-gila ibarat kau tak baca langsung(baca je.gila ke ape jawab soalan exam tak bersedia langsung).

Senang cite,usaha gila-gila,tawakkal gila-gila.

Aku rasa ada lagi trik,tips dan pengalaman aku yang tak terluah lagi.Insyallah,nanti diberi peluang dan ruang,aku akan sambung lagi.

Wednesday, 2 September 2015