Saturday, 19 September 2015

Budak Media


Budak Media
Bos Media
Doktor Media
Cikgu Kamera

Ya.Ini antara gelaran aku.Dari kawan-kawan sekolah rendah sampai ke kawan-kawan di universiti panggil aku dengan panggilan tu.Ada ketikanya,aku tertanya-tanya diaorang semua ni tahu ke tak 'Apa itu media?'.

Kalau cari dalam kamus,ada yang menyatakan media ni perkataan plural untuk medium.Ada yang membawa maksud komunikasi.Ada juga juga yang ada kaitan pasal seni dan culture medium untuk bakteria.Adakah aku ini alat komunikasi?Adakah aku ini lecturer microbiology?Adakah sebab sepupu aku produser filem(Up sepupu sikit😁)?Mungkin mereka panggil aku dengan panggilan itu sebab aku reti guna perisian Photoshop,Adobe After Effect,Sony Vegas dan pelbagai lagi perisian untuk mencipta poster,manipulasi gambar,audio serta video.Mungkin.

Secara peribadinya,aku tak suka digelar dengan gelaran-gelaran itu.Seolah-olah,hidupku dan matiku hanyalah untuk perkara sebegitu(cewwah macam tajuk telenovela bersiri) dan itu saja kebolehan aku.Tidak.Aku ada lagi kebolehan dan bakat lain yang terpendam dan tidak tertunjuk.

Bagi aku,kebolehan aku menggunakan perisian tersebut adalah asas komputer yang mana, itu semua benda wajib untuk semua insan kena mahir untuk hidup di zaman IT dan teknologi(macam lirik lagu merdeka la pulak🙊).Kemahiran komputer itu sepatutnya menjadi kemahiran asas sama tinggi dengan kebolehan membaca dan menulis.

Sebagai contohnya,aku sebagai pelajar perubatan.Akan ada subjek elektif yang mewajibkan aku kena buat poster,video,online survey dan Powerpoint presentation yang memerlukan aku menggunakan perisian-perisian tersebut.Jadi pelajar perubatan tak semestinya kena tahu diagnosis,penyakit dan ubat saja.Ilmu Allah itu kan luas.Belajarlah ilmu yang bermanfaat.

Satu benda lagi aku nak cakap pasal media.Sekarang zaman fitnah.Kebanyakan orang senang percaya dengan info asalkan ada gambar tanpa tabayyun dulu(Kalau tak tahu maksud tabayyun,sila tanya budak usrah😆).Orang yang jahil pasal media akan senang percaya berbanding orang yang arif.Alhamdulillah,mata aku dapat kesan sama ada gambar itu di edit atau tidak.

Betul la orang kata yang kita kumpul harta,kita yang kena jaga harta itu.Bila kita kumpul ilmu,ilmu jaga tuannya.

No comments:

Post a Comment