Monday, 23 February 2015

Bertahanlah Wahai Hati!


Penat.Letih.Puas.Muak.Putus asa.

Aku tak tahu yang mana satu perasaan aku bila aku mula 'study'.
Semua perasaan bercampur gaul menjadi satu.

'Study'.
Aku sedar yang tak semua benda aku boleh buat.

Tapi...

Menuntut ilmu(baca) adalah wahyu pertama daripada Allah kepada Rasulullah s.a.w.
Kenapa dengan diri ini?

Tak kuat dengan godaan syaitan?
Mungkin.

Bertahanlah.
Kuatkan hatimu.
Siapa lagi nak ubah nasib sendiri kalau bukan diri sendiri?

Ubah nasibmu.
Jangan malas.
Lawan tetap lawan.
Berjihadlah dengan diri sendiri.
Doa banyak-banyak.
Ini kalilah!

30 Wasiat Imam Syafi'i



Dah bersawang rupanya blog ni.Nak bagitahu,admin baru sahaja habis bercuti walaupun cuti ada baki lagi tapi balik kolej nak fokus kepada 'exam final'.Bila duk rumah yang tak dapat fokus 100%.

Tanggal 14/2/2015,ayah aku kirim Samsung Galaxy S4 untuk ganti 'smartphone'nya yang uzur.Alkisahnya,aku terjenguk buku-buku kat SMO,KB Mall.Antara buku yang menarik perhatian aku adalah '30 Wasiat Imam Syafi'i'.Aku nak berkongsi sikit biodata Imam Syafi'i ni.


Imam Syafi'i adalah ulama yang tergolong dalam ulama salaf berpengaruh dan digelar dengan gelaran Imam Mazhab.Ketokohan beliau tiada bandingannya.Sama ada pada zaman beliau hidup ataupun selepasnya.Hujah-hujah beliau tidak mampu dipatahkan oleh sesiapa pun yang berdepan dengan ulama yang berani dan tegas.

Berjuta-juta umat Islam merujuk kepada Imam Syafi'i sama ada semasa beliau hidup ataupun selepas beliau meninggal dunia.Semua ini menunjukkan bagaimana besarnya pengaruh dan peranan Imam Syafi'i dalam kalangan umat Islam dan para pemikir Muslim.

Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Idris.Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafi'i bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad s.a.w pada datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang ketiga, iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah,nama sebuah kampung yang terletak dalam daerah Palestin,pada bulan Rejab 150H atau 767M.Tempat asal ayah dan bonda beliau adalah Makkah.Imam Syafi'i lahir di Palestin kerana pada waktu itu bondanya pergi ke daerah itu bagi mendapatkan keperluan penting.Namun,dalam perjalanan menuju ke Palestin,ayah beliau meninggal dunia.Pada masa itu,Imam Syafi'i masih berada di dalam kandungan ibunya.Selepas berumur dua tahun,barulah Imam Syafi'i dan ibunya kembali ke Makkah.

Semasa berumur sembilan tahun,beliau sudah menghafal 30 juzuk Al-Quran.Semasa berumur 19 tahun pula,beliau sudah memahami isi kitab Al-Muwatha',karangan Imam Malik.Tidak lama selepas itu,beliau menghafal Al-Muwatha'.Kitab Al-Muwatha' mengandungi hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang dihimpun oleh Imam Malik.Oleh kerana kecerdasannya ketika berumur 15 tahun,beliau diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat jawatan sebagai guru besar ilmu hadis serta mufti di Masjidil Haram,Makkah.

Semasa berumur 20 tahun,Imam Syafi'i belajar di tempat Imam Malik di Madinah.Selepas itu,beliau ke Iraq,Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah.Ketika berusia 29 tahun,beliau pergi ke Yaman bagi menuntut ilmu pengetahuan.

Berkaitan dengan ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah s.w.t. pula,diceritakan bahawa pada setiap malam beliau membahagikan waktu malam kepada tiga bahagian.Satu per tiga malam beliau gunakan untuk kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga.Satu per tiga malam untuk solat dan zikir,manakala satu per tiga lagi untuk tidur.

Monday, 1 September 2014

Hati Yang Kosong


Dalam hati kita,ada satu lompong.Kosong.Tidak terisi.
Kita semua merasakan kekosongannya.Ruang itu sunyi.Kita takut dengan kesunyian yang ada dalam ruang itu.

Akhirnya,kita mula mencari sesuatu bagi mengisinya.Ada yang mencari harta,ada yang mencari pasangan,ada yang mencarinya dengan memanjat gunung, dan menyelam ke dasar lautan.Ada yang berusaha mengisinya dengan menganiaya orang lain, dan ada juga yang mengisinya dengan cara menggembirakan orang lain.

Tetapi, semuanya ibarat berpusing dalam bulatan.Perasaan kosong itu tetap tidak terisi.Kita berasa takut dengan kekosongan itu.

Apakah kekosongan itu?Apakah yang patut diisi?

Itu adalah ruang khas untuk Allah s.w.t. Kosong,kerana kita tidak mengisinya dengan perkara yang patut kita isikan padanya, iaitu kepatuhan dan ketaatan, serta pergantungan kita kepada-Nya.

Thursday, 28 August 2014

Selamat Tinggal Instagram



Alhamdulillah.

Sudah setahun lebih ana guna Instagram.Dapat menyaksikan pelbagai ragam 'instagrammer'.Ada yang minat PC,tiap minggu 'upload' gambar PC 'hardware'nya,ada yang minat kucing,hari-hari 'upload' gambar kucing posing.Macam-macam.

Ana?

Ana muatnaik pelbagai gambar.Ada gambar makanan,panorama,foto yang dah dimanipulasi dan ada jugak yang ambil dari sumber Internet.

Sepanjang guna Instagram tu,ana rasa banyak keburukan dari kebaikan.Bila ana 'upload' gambar apa-apa,mesti selang beberapa minit,ana akan belek fon ana,nak tengok siapa like,komen,berapa orang yang like.Jika gambar ana tu mendapat sambutan atau dapat like yang banyak,ana rasa seperti disuntik dengan perasaan riak.Astaghfirullah.

Jika gambar yang dimuatnaik itu tak mendapat sambutan,ana berasa berdendam dan iri hati dengan instagrammer yang terkenal.Sekali lagi,ana disuntik dengan perasaan mazmumah.Astghfirullah.Ana cuba nak bersangka baik,tetapi ana tidak kuat.

Ana harap pengalaman ana ni dapat dijadikan pengajaran.Insyallah.

Thursday, 21 August 2014

BERKABUNG?



Berkabung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Khamis, 29 Rejab 1435H)
Al-Hadaad 

Al-Hadaad (Berkabung) ataupun Ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405) Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek. 

Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini. Jangan berghuluw (berlebih-lebihan) dalam urusan agama.

PENCERAHAN :
Berkabung, dalam bahasa Arabnya adalah al-Hadaad ( الْحَدَادُ ). Maknanya, tidak mengenakan perhiasan baik berupa pakaian yang menarik, minyak wangi atau lainnya yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya. Pendapat lain menyatakan, al-Hadaad adalah sikap wanita yang tidak mengenakan segala sesuatu yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya seperti minyak wangi, celak mata dan pakaian yang menarik dan tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak, setelah kematian suaminya.

Al-Hadaad, terbahagi kepada dua. Pertama, berkabung dari kematian suami selama 4 bulan 10 hari. Kedua, berkabung dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu selama 3 hari sahaja. Pembahagian ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW : 

لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ تُحِدَّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجِهَا رواه مسلم

"Tidak halal seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya" (HR : Muslim)

فَإِنَّهَا تُحِدُّ عَلَيْهِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

"Maka ia berkabung atas hal tersebut selama empat bulan sepuluh hari" (HR : Bukhari)

Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja.
Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah lama dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. (Kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924) Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja. Bukan orang biasa yang tiada pertalian darah atau nasab.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salafus soleh. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah SAW, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini. 

Adapun memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak ada asalnya dan merupakan perkara yang batil dan tercela. (Fatwa Nur’alad Darb - Asy-Syeikh Ibnu Utsaimin hal. 76). Ini menunjukkan ia tidak syar’ie. Malah lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam khususnya Agama Kristian. Sedangkan kita dilarang tasyabbuh (meniru) adat mereka.

Tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir adalah haram meskipun tidak mempunyai maksud seperti mereka, dengan dalil hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma dari Rasulullah SAW ;


من تشبه بقوم فهو منهم

“Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)

Hadis ini menetapkan berbagai hal tentang dilarangnya menyerupai orang-orang kafir. ‘Amr bin Syu’aib telah meriwayatkan dari bapaknya dan dari datuknya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

ليس منا من تشبه بغيرنا، لا تشبهوا باليهود ولا النصارى

“Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai kaum selain kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nashrani.”

Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan! (MAZA)

KESIMPULAN :
Apa yang Ust Kay nampak pelik sikit situasi masyarakat kita ni, bila ada kematian raja-raja atau pembesar barulah nak hentikan rancangan hiburan kat tv, konsert dan sebagainya, yang pembaca berita pula barulah nak pakai tudung. Bacaan Al-Quran pun tak henti-henti di semua saluran TV, Alhamdulillah ! Lepas tujuh hari lepas tu hiburan akan rancak kembali…
Wallahu a’lam - Berkabung maksiat selamanya. Ukay’s


Saturday, 29 March 2014

Aku Batu



Aku suka bila akhawat 'unfriend' kat alam maya.
Tapi aku harap kita masih lagi ada hubungan kawan kerana Allah.
Ini alasanmu.

1. Layanlah lelaki seperti manusia bukan seperti 'batu'.Mereka juga punya perasaan dan ingin 'dilayan seperti manusia'.Dengan syarat 'Tolong hadkan urusan' dan 'kurangkan pintu komunikasi'.Selagi boleh rujuk 'sesama wanita',rujuk dengan mereka.

2. Dalam Islam kita diajar sendiri bagaimana cara-cara berurusan dengan 'lawan jantina' agar tidak terbuka pintu fitnah.

3. 'Sombong' dan 'Mahal' dua benda yang berbeza.

Aku tersentap.Dalam lubuk hatiku,ada part yang setuju,ada part yang tidak setuju.Kenapa wahai hati?Tersentap?Nak jadi ikhwah yang 'mahal' dengan 'unfriend' semua akhawat-akhawat di alam maya?

Setuju.

1. Nak elak fitnah.Bila keluar noti birthday,mesti rasa nak wish.
2. Nak jaga ikhtilat.Kebanyakan zina berlaku dengan perkenalan di alam maya.
3. Tak nak gambar aku di alam maya ditatap dan disebarkan oleh akhawat.
4. Perangai 'gila-gila'ku hanya untuk kawan sejantina sahaja.

Tidak setuju.

1. Aku boleh mengikuti perkembangan atau dakwah mereka.
2. Terlalu ekstrem.Kami(ikhwah) terasa hina bila dianggap sebagai 'batu'.Batu hanya untuk disepak dan diterajang.Tidak mempunyai perasaan.Tapi bila nak 'musyrif',cari kami.Bila nak pindah rumah,cari kami.Bila nak kahwin,cari kami.Ok,itu sahaja matlamat kami di atas dunia ni.
3. Masalah kamu dengan ikhwah yang bermasalah dulu,jangan babitkan kami semua.Jika semua ikhwah itu keji,hina dan jahat,bagaimana dengan ayahmu?abangmu?adikmu?'Semua lelaki atas dunia ni,semua sama'kah?

Sesungguhnya,kami ikhwah perlukanmu wahai akhawat.
Kami(ikhwah) ada ibu untuk dijaga dan ditaati.Dia pintu syurgaku.

Dan kamu ada suami mu.Lagi tinggi ketaatanmu kepadanya berbanding ayahmu dan ibumu selepas bernikah.
Dan kamu akan ada anak lelaki dimana kamu akan jadi pintu syurganya.

Dan untuk ajnabi dan bukan mahram.Mereka semua tiada hak,kecuali menjadi daie.Aku belajar daripada mereka.
Berkawan itu boleh.Tapi tolong jaga ikhtilat.

Sebenarnya,kamu nak jadi 'mahal' ke 'sombong'?
Jika mahal,semua mampu membelinya tapi memerlukan masa.
Jika sombong,you have my disrecpet sis.

Sayangnya,kamu tidak faham apa itu 'ikhtilat'.

Yang benar,
-batu-

Monday, 24 March 2014

Jambang Itu Seksi


"Potong pendeklah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut." (HR. Muslim no. 623)

"Selisilah orang-orang musyrik. Potong pendeklah misai dan biarkanlah janggut. "(HR. Muslim no. 625)

"Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan untuk memotong pendek misai dan membiarkan (memelihara) janggut." (HR. Muslim no. 624)

"Pendekkanlah misai dan biarkanlah (perihalah) janggut dan selisilah Majusi." (HR. Muslim no. 626)



Janggut.Atau 'orang putis' kata, "hair that grows around a man's chin and cheeks".Zaman sekarang,orang selalu 'judge' orang yang berjambang atau berjanggut itu kolot,tidak kemas,pengotor,pengganas dan banyak lagi pandangan negatif.Kalau orang yang tiada jambang atau licin mukanya tanpa sebarang bulu,dikatakan kemas,jambu,bergetah,pembersih dan sebagainya.

Tapi lupakah atau tidak tahukah kita bahawa berjambang atau berjanggut itu salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.Kita dah didoktrin sejak kecil lagi oleh musuh-musuh Islam yang semua sunnah Rasulullah itu kolot,tak 'updated' dan pelbagai lagi pandangan negatif.Mereka membawa dan mengagungkan pula 'sunnah' mereka yang menentang agama Islam.

Bila ditanya 'Nak masuk syurga ke neraka?' mesti ramai yang akan jawab 'Syurga'.Tetapi menentang dan tidak ikut ajaran penghulu Syurga iaitu Nabi Muhammad s.a.w.Begitulah realiti umat Islam zaman sekarang,nak ganjaran besar tapi tak nak berkorban.

Setiap amalan yang menurut sunnah nabi,semua boleh pahala.Dan antara sunnah yang paling mudah ataupun yang memerlukan kudrat yang besar,ialah menyimpan janggut atau jambang.Biarkan ia tumbuh subur.Ana pernah terdengar ceramah UAI,sehelai janggut,seorang bidadari.Pergh,biarkan sehelai janggut tumbuh dah dapat seorang bidadari.Bak kata orang,"Ai,senang buat duit nampak".Ye,Allah itu Maha Pemurah.

Ana pernah terbaca dalam satu artikel,janggut lelaki boleh menyuburkan peranakan perempuan."Macam mane?Takde kaitan langsung janggut dengan kesuburan perempuan".Itulah benda yang mula-mula terlintas semasa baca tajuk tu.Bila dah baca isinya,baru tahu dia ada kaitan dengan hormon dan sebagainya.Ana tak pandai nak cerita sebab ana tak 'terror' dalam bidang kesuburan permpuan dan lagipun jodoh ana belum tiba lagi.Hehe.

"Wa cerita kat lu,lelaki berjambang lagi 'hensem' dari budak muka jambu.Cair.".Itulah jawapan akhawat bila ditanya, 'Hensem tak ikhwah berjambang atau berjanggut?'.Kecantikan atau ke'handsome'an seorang itu subjektif dan pelbagai bagi setiap orang.So,pikir-pikirlah sendiri.