Tuesday, 30 July 2013

Benda Haram pun Ada Yang Hikmahnya


Antara ramai-ramai,mesti ada dalam kalangan kita bila jumpa anjing,cuak la,rasa nak lari la,menyorok belakang badan orang lain la(macam la anjing tu tak nampak).Kita masyarakat Melayu dah diajar yang sentuh anjing atau babi haram dan kena samak.

Haa,nampak tak permainan kat situ.Yang sebenarnya,kalau sentuh anjing atau babi dan seangkatannya kena sertu.Bukan samak.Samak ialah cara membersihkan kulit binatang untuk tujuan tertentu dengan bahan-bahan tertentu.Semua dah tahu kot,cara nak sertu.Guna 1 air tanah,air mutlak,basuh 6,7 kali,hilang bau,warna dan rasa.Semua dah sedia maklumkan.

Nampak tak permainan kat situ lagi???Sebenarnya,tak ada dalil yang mengatakan sentuh binatang tu haram.Yang ada hanyalah makan binatang tu yang haram.Haa??Serius??

Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah : 173)

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”. 

(Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)

So,boleh la nak pegang anjing dengan babi,lepastu sertu ar.
"Tapi yang mung nok gi sentuh binatang tu buat mende??Sia-sia.Tak dok keje sungguh mung ni.Banyok lagi bendo huk mung boleh sentuh.Tayar lori ke,'mudguard' muto ke",kata seorang ustaz.

Pernah dengar cerita pasal seorang pelacur perempuan yang masuk syurga sebab bagi minum air kepada anjing yang kehausan?Ana bukan nak cerita pasal tu.Tapi ana nak berkongsi pesanan daripada Hassan Al-Basri yang mengaitkan anjing dengan sifat mulia orang mukmin.

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama:
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
-Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh

Kedua:
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah-randah mengikut keperluannya.
-Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga:
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
-Sifat ini sama seperti orang-orang yang cintakan Allah,sentiasa renggang punggunya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat:
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris
-Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima:
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya,tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.
-Sifat ini adalah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan gurunya.Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan pelbagai ujian.

Keenam:
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.
-Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadhu',orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh:
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain,dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagianya.

Kelapan:
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang khusyuk.

Kesembilan:
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh,tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja.
-Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t

Kesepuluh:
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya,dia tidak menoleh-noleh ke belakang.
-Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Kesimpulannya yang harus kita ambil dari petikan di atas,walaupun,anjing ini dikategorikan sebagai najis berat, tapi ada juga hikmah dijadikan oleh-Nya supaya kita ambil iktibar.Hebatnya ciptaan Allah.Allah tidak akan mencipta sesuatu sia-sia.Seharam-haram anjing pun,ada la jugak benda yang bermanfaat,yang boleh kita belajar daripadanya.So,jangan duk rasa yang kita ni 'loser'sangat.Jangan kata yang kita diciptakan sia-sia.Kita diciptakan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ni.'Chill' ok ^^


Friday, 26 July 2013

Antara Ujian,Syukur dan Sahabat



Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Alhamdulillah…


‘Result’ tahun satu dah keluar.Pelbagai ragam kawan-kawan yang ana perhatikan di laman social.Ada yang bersyukur,ada yang sedih,kecewa,ada yang taknak tahu pasal ‘result’ dan ada juga yang duk menyibuk tanya ‘result’ orang lain.

Yang berjaya,ana ucapkan mabruk dan takziah. Takziah???Kenapa???Sebab Allah sedang menguji kamu dengan ujian kejayaan.Semoga dengan kejayaan antum dapat menyumbang kepada dakwah Islamiyah dan jangan lupa pulak orang kat sekeliling tu.

Yang ‘belum berjaya’,ana ucapkan tahniah dan takziah juga.Tahniah???Kenapa???Tahniah kerana Allah sedang uji kamu,kerana kamu mampu.Kalau ana berada ditempat antum,ana rasa tak mampu.Sesungguhnya,antum kuat.

"Kau boleh 'result' lawa,boleh ar cakap sabar,sabar.Ko bukan duk tempat aku pun...".
"Sabar itu separuh daripada iman,tapi yang 'pass' ko,aku tak 'pass'.Istighfar bro n sis.Ingat ni:

"Semoga kamu kuat sahabat"

Kenapa Allah nak bagi ujian kat hambanya???Allahkan Tuhan,takkan dia nak tengok hambanya susah.Bro n sis,ingat ni.Ada sebab Allah nak uji,antaranya:
1) Allah menguji sebab nak menaikkan darjat kita
2) Allah menguji sebab nak mengampunkan dosa-dosa kita
3) Allah menguji sebab nak hukum kita kerana dosa kita

Dan bila dah kena ujian,antum ada 2 je pilihan sama ada redha ataupun sebaliknya.
Pernah dengar tak konsep USAHA dan TAWAKKAL??
Bagi ana,usaha dan tawakkal tak cukup.Sepatutnya DOA,USAHA,DOA,TAWAKKAL,DOA.Ye,doa tu penting.Ini yang membezakan kita dengan orang bukan Islam.Mungkin kita diberi kegagalan sebab tak berdoa kat Allah.Mana tahu.Tepuk dada,tanya diri sendiri.

"Tadahlah tangan kamu ke langit,dan berdoalah"

Masa ‘result’ keluar penuh status kat fb “Alhamdulillah,kejayaan ni datang dari Allah,….bla… bla… bla…” dan tweet “Alhamdulillah,semua ni ada hikmahnya….bla..bla…”.Tapi dalam kerancakan status dan tweet di laman social masing-masing,terasa ada kehilangan.Kalau hari biasa,elok jer ‘post status’ dan tweet.Bila hari ‘result’,ada yang terus diamkan diri.Mengasingkan diri.Buat-buat tak tahu pasal ‘result’.Tapi dari sudut hati ana,”Mesti diaorang tengah ‘down’ ni… biar diaorang ‘cool down’ dulu ar….”.

Bila dah semua tenang,ana tanya khabar.Kebanyakan responden ‘down’ dan lagi ‘down’ bila tengok kawan-kawan diaorang berjaya dan ‘update’ status kat fb walaupun dengan perkataan ‘Alhamdulillah’.Psiko katanya.Ada yang ‘give up’,taknak teruskan perjuangan dalam bidang medik ni.Ada yang redha.Ada yang minta doakan supaya diberikan kekuatan.Dan macam-macam lagi.

Dan bila dah kena ujian tu,bersedialah,akan ada ujian lagi.Dan ujian semakin susah,makin susah.
Yang dah berjaya ni,takkan duk diam jer.Dah lupa kawan???Sekadar tenangkan hati kawan??
Apa peranan kita sebagai sahabat???Best tengok sahabat kesusahan???

"Dia tak lepas 'exam',b***h ar dia.Aku nak cari kawan lain la macam ni",
"Padan muka,tu la,sape suruh tak belajar,what you give,you get back",
"Laa... aku ingatkan dia pandai,dia bajet je lebih...Belajar entah ke mana....",
"Yes,aku lagi pandai daripada dia....".
Cuba 'check' dalam hati masing-masing,pernah terlintas tak dalam hati.Kalau ada,istighfar banyak-banyak.

Bagi ana,kalau dah terima kejayaan tu tak salah nak zahirkan kat laman sosial.Tapi kena ingat,bukan semua yang kat laman sosial tu menerima kejayaan yang sama macam kamu.Ada yang kena dhur,ada yang tak lepas tahun.So,hati kawan-kawan yang ‘belum berjaya’ ni kena jugak jaga.Tak kira niat kamu nak menunjuk ke nak zahirkan kesyukuran ke,ingat,tajdid niat balik dan jaga hati kawan.Kan lagi elok kalau sujud syukur dan buat majlis kesyukuran berbanding dengan zahirkan kesyukuran di laman sosial tapi tak sujud syukur dan dalam hati nak ‘menunjuk-nunjuk’.Nauzubillah.

Masa keadaan susah ni la,kita dapat tahu siapa kawan kita yang sebenar.
Kawan bersuka ria ramai,tapi kawan masa susah boleh kira dengan jari”.
Kita sahabat

Fikir-fikirkan.Tajdid niat.Jaga hati kawan.Bantu kawan.'Support kawan'.Doakan kawan-kawan kita kuat.



Sekian.

Monday, 22 July 2013

Makan Berdoakan Gambar


Dah setahun ana buat akaun instagram,ana hanya 'follow' keluarga dan kawan-kawan yang kenal saje.Dah setahun guna,rata-rata pengguna instagram yang ana 'follow', kebanyakannya 'upload' gambar makanan.Kalau makanan tu mahal dan sedap,letak hashtag #foodporn.(Satu-satunya porn yang halal.eheh.)

Haritu ada majlis reunion bersama kawan-kawan daripada matriks,buat kat restoran yang agak 'grand' jugak ar.Semua 'order' makanan mahal-mahal dan sedap-sedap.Sementara tunggu makanan siap,sempatla mengimbau kenangan lama.hehe
Bila makanan dah siap,ana perhatikan,sebahagian daripada mereka keluarkan fon yang canggih-manggih,'snap' gambar makanan tu dulu.Kemudian terus makan.Allahurabbi.
Dalam hati ana, "Sebelum makan,diorang berdoakan instagram kah???"
"Diorang lupa baca doa kot.....",cuba untuk bersangka baik.

Nah doa sebelum makan,

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut Asma' Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْماَ رَزَقْتَنَا
Ya Allah berkatilah pada makanan yang telah Engkau rezekikan pada kami


وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
dan jagalah kami dari api neraka

Lupa baca doa makan & minum


بسم الله أوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Dengan menyebut asma' Alloh pada permulaan dan akhiran
(HR. Abu Dawud dan At-Turmudzy)
& kitab Al-Adzkaar An-Nawawy halaman 205


Doa sesudah makan & minum


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أطْعَمَنَا وَسَقَانَا
Segala puji bagi Alloh Yang telah memberi makan dan minum kepada kami
وَجَعَلَنَا مُسْلِمِينَ
dan Yang menjadikan kami sebagai orang-orang islam

Mungkin antara kita dah tahu doa sebelum makan dan doa selepas makan,tapi mungkin kita lupa.
Kalau sape-sape pernah tengok Lawak Ke Der 2,sape-sape yang upload gambar makanan/minuman - harith kata loser.... 


Harith Iskandar,best Malaysian standard comedian

Sape-sape yang tengok LKD2,akan faham maksud gambar ni

Haritu terbaca pasal nasihat Dr Abdul Basit Abdul Rahman tentang 'upload' gambar-gambar makanan di alam maya.

Walaupun ia bergantung niat masing-masing, namun perkara di bawah harus diambil kira:
1)  Dibimbangi terjerumus dalam riak dalam perkara dunia.Al-Abdari mengatakan , "Antara jenis riak ialah seseorang menunjuk-nunjuk kepada ahli dunia tentang dunianya,seperti pakaiannya,kenderaannya,tempat tinggalnya,tempat duduknya, makanannya, minumannya....".(Al-Adab al-Syar'iyyah)

2)  Dibimbangi terjebak ke dalam sifat bermegah-megah dengan makanan. Sedangkan syarak melarang daripada bermegahan dengan makanan.Diriwayatkan dalam satu hadis, "Bahawa Rasulullah saw melarang makanan dua orang yang bermegah-megah(mutabaariyain) untuk dimakan". (riwayat Abu Daud).

Sebelum upload gambar makanan kat Facebook, tanya dulu hati adakah tujuannya untuk menunjuk-nunjuk,ataupun untuk bermegah-megah, atau tidak??

Dr. Abdul Basit Abdul Rahman


Lepas ana bagitau kat kawan-kawan ana yang suka 'upload' gambar makanan kat Fb,twitter,instagram dan lain-lain,antara reaksi mereka,ada yang letak 'caption' gambar "bukan niat untuk menunjuk,hanya untuk mempromosikan makanan yang ada di negeri saya" ,dan ada yang berhenti terus upload gambar makanan.Alhamdulillah,mereka dengar nasihat ana.

Tepuk dada,tanya iman :)

betul ke???? O.o
Sekian.

Boleh Sabar Tak???


Pukul 1.00 p.m.Masa tu ana tengah 'drive' kereta.Tiba kat 'traffic light' merah,ana pun berhenti.
Tiba-tiba kereta dari 'lane' sebelah kiri potong,langgar lampu merah(teknikalnya bukan langgar lampu,tapi langgar arahan lampu merah).Dalam hati ana,"Nak gi mane,cepat-cepat??Tak boleh sabar ke??Kalau 'accident'kan bahaya".
"Dia langgar lampu merah sebab nak buang air kot ataupun ada hal kecemasan." cepat-cepat ana pujuk hati ana daripada mencarut.

Terlintas kejap satu hadis nabi,

Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan hal tersebut". (HR. Bukhari & Muslim)
"Jangan uji kesabaran ana.Ana sabar ada 'limit' jugak tau.Sedangkan 'muscle contraction' ada 'limit' dia,menurut Frank-Starling law,the power of muscle contraction increase when the lenght of muscle fibre increase but within limit,macam tu la jugak sabar ana pun ada 'limit' jugak."(acecece... main hukum fizik pulak dah).Dik,sabar tiada batasnya.Tak caye??

Allah berfirman,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar: 10)
Satu lagi hadis yang 'famous',

Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda, "Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah". (HR. Bukhari)

Hek eleh,sabar je pun.Apa yang ana dapat kalau ana sabar???macam buang masa jer...

Daripada Anas bin Malik ra berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah berfirman:"Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya". (HR. Bukhari)

Syurga boh ganjaran dia.Ingat senang ke nak capai level syurga tu???Nak masuk tandas kat R&R pun kena bayar 30 sen.Bayangkan tempat yang kotor macamtu pun kena bayar,takkan syurga Allah yang penuh dengan nikmat boleh masuk 'free' jer???Jadi ape lagi???Sabar la.

Sekian.

Sunday, 21 July 2013

Tentang Cuti


Dah lama tak jejak tanah air,akhirnya diizinkan Allah bertemu keluarga,jiran dan rakan-rakan di Malaysia.9 bulan duk Mesir.Banyak benda yang belajar.Nak cerita pasal apa yang ana belajar kat Mesir banyak.Kena buat entry baru.hehe

Ni nak cerita pasal cuti.Sedih sebab kalau balik dalam bulan Ramadhan,1 hari atau 2 hari amalan 'burn'.Ruginya rasa.Tapi takpe,'top up' la balik kan.Nanti 10 Ramadhan yang terakhir,pulun ar.Nabi Muhammad s.a.w pun utamakan ibadat 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan.

Ummul Mu`minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan tentang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada 10 terakhir Ramadhan :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه

“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau mengencangkan tali sarungnya (yakni meningkat amalan ibadah beliau), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-isterinya.” Muttafaqun ‘alaihi

Haa,lari tajuk pulak.(takpe selingan manja katekan).Pelbagai ragam yang ana dapat perhatikan bila 9 bulan tak jumpa ana.Ada yang rindu.Ada yang biase jer (Sedihnya T.T) .
Haritu ada iftar dengan keluarga belah ayah.Nanti nak 'share' reaksi mereka.


Keluarga belah ayah:

"Ada bawak cenderahati tak?"
"Sini dengan sana,mana lagi 'best'??"
"Berapa lama cuti??"

Tu antara soalan yang 'famous' bila berjumpa dengan family.So,ana jawabla dengan jawapan markah penuh.



Lepas siap iftar dan terawih,ana pun ajakla keluar bermoreh dengan kawan-kawan satu matrik.3 orang jer yang sudi luangkan masa.Antara reaksi dan soalan mereka:

"Best tak 'study' sana??"
"Dah jumpa calon tulang rusuk kiri??"
"Bila nak kahwin??"
"Ramai tak pelajar Malaysia yang lawa-lawa??"

"Semua pelajar sana pergi ke kelas pakai jubah dan purdah ke??"

Haa,tu semua 'killer question'.Susah jugakla nak jawab soalan-soalan tu.Jawabla jugak soalan tu.Markah penuh tak penuh peduli ape.Demi bro.haha #BroCode


Lepas solat teraweh semalam,ana sempat bersalaman dengan tok imam.Dia sempat tanya:

"Macam mana keadaan Mesir sekarang??"
"Mursi kat mana sekarang??"
"Jauhkan tempat belajar dengan tempat rusuhan??"
"Balik sebab cuti belajar ke balik sebab 'evac' Ops Piramid 2.0??"

Menurut pandangan ana,komuniti yang berbeza,soalan pun berbeza.Kelompok keluarga kebanyakannya sudah tahu keadaan ana.Mungkin mereka dapat maklumat dari keluarga ana.Bila jumpa pun,tak banyak soalan-soalan 'killer'.Fuh,selamat.

Kelompok kawan-kawan sebaya pula,banyak menanyakan pasal perempuan,jodoh,pembelajaran dan sebagainya.Faham-fahamla budak-budak muda,perempuan tu menjadi 'priority'.Hehe.

Kelompok masyarakat pula,mereka lebih tertarik dengan isu politik dan keadaan Mesir.Alhamdulillah,ana ada isi nak dikongsikan dengan masyarakat.Mujur boleh jawab,kalau tak boleh jawab,malu.Duk 9 bulan kat Mesir tapi tak tahu apa-apa.

Kesimpulannya,pelajar-pelajar Mesir yang akan pulang ke Malaysia kena bersedia dengan ilmu.
Kelompok-kelompok inilah yang akan bertanya pelbagai soalan.So,kena bersedia dan peka dengan isu-isu semasa.Ada hadis tentang ilmu.


Mafhumnya: 
Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda:  
"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka". 
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Ramadhan Kareem!
Sekian.

Saturday, 20 July 2013

I'm back

Assalamualaikum

Ana kembali lagi dengan blog baru.Blog lama terpaksa dipadamkan atas sebab-sebab tertentu.Biarkan ia berlalu pergi(mode:jiwang).haha

Ana mengambil keputusan untuk menamakan blog ini sebagai KhalifahVersatil.Apa itu Khalifah??Apa itu Versatil??Ada yang dah tau,ada yang tak tau lagi.Tak kira,nak bagitau jugak.(mode:gedik)hehe


Maksud Khalifah Menurut Bahasa

    Menurut bahasa arab khalifah ialah bermaksud ganti atau seseorang yang menjadi pemimpin, selain itu dia juga memimpin bersama dengan pemimpin itu atau mengantikan tempatnya. Sebagai contohnya, menggantikan orang yang telah mati, menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya dan menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya. 


Maksud Khalifah Menurut Istilah

Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah S.W.T. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah S.W.T. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa. 


Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kaum mukmin secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga tertentu, kelas tertentu, suku tertentu atau ras tertentu. Dalam Islam setiap orang mukmin menjadi khalifah Allah S.W.T. di muka bumi yang sesuai dengan kapasitas individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah semuanya sama dan tidak ada yang lebih rendah dari khalifah yang lain .




Maksud versatil menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 , berkeupayaan atau dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan (tujuan,fungsi,dll) , atau senang kata serba boleh.


Haritu adala tanya sorang sahabat ni,
"Yang mana lagi baik bagi seorang mukmin,100% berbakat dan mahir dalam satu benda je , perkara lain fail, zero % atau berbakat dalam semua perkara dan kemahiran tetapi semua tidak mahir,semua tak sampai 100%,ratingnya semua lebih kurang dalam 50%???"

Kemudian dia jawab,
"Bagi ana,bagi perspektif seorang mukmin,kena mahir semua perkara.Kena belajar semua benda.Belajar dan latih diri supaya mahir semua benda,semua kemahiran 100%.Versatile gituwww."

Sejak haritu,perkataan 'versatile' tu melekat dalam kepala sampai sekarang.Semoga dipermudahkan cita-cita ana untuk menjadi khalifah dan mukmin yang versatil. Ameen :)