Saturday, 20 July 2013

I'm back

Assalamualaikum

Ana kembali lagi dengan blog baru.Blog lama terpaksa dipadamkan atas sebab-sebab tertentu.Biarkan ia berlalu pergi(mode:jiwang).haha

Ana mengambil keputusan untuk menamakan blog ini sebagai KhalifahVersatil.Apa itu Khalifah??Apa itu Versatil??Ada yang dah tau,ada yang tak tau lagi.Tak kira,nak bagitau jugak.(mode:gedik)hehe


Maksud Khalifah Menurut Bahasa

    Menurut bahasa arab khalifah ialah bermaksud ganti atau seseorang yang menjadi pemimpin, selain itu dia juga memimpin bersama dengan pemimpin itu atau mengantikan tempatnya. Sebagai contohnya, menggantikan orang yang telah mati, menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya dan menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya. 


Maksud Khalifah Menurut Istilah

Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah S.W.T. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah S.W.T. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa. 


Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kaum mukmin secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga tertentu, kelas tertentu, suku tertentu atau ras tertentu. Dalam Islam setiap orang mukmin menjadi khalifah Allah S.W.T. di muka bumi yang sesuai dengan kapasitas individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah semuanya sama dan tidak ada yang lebih rendah dari khalifah yang lain .




Maksud versatil menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 , berkeupayaan atau dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan (tujuan,fungsi,dll) , atau senang kata serba boleh.


Haritu adala tanya sorang sahabat ni,
"Yang mana lagi baik bagi seorang mukmin,100% berbakat dan mahir dalam satu benda je , perkara lain fail, zero % atau berbakat dalam semua perkara dan kemahiran tetapi semua tidak mahir,semua tak sampai 100%,ratingnya semua lebih kurang dalam 50%???"

Kemudian dia jawab,
"Bagi ana,bagi perspektif seorang mukmin,kena mahir semua perkara.Kena belajar semua benda.Belajar dan latih diri supaya mahir semua benda,semua kemahiran 100%.Versatile gituwww."

Sejak haritu,perkataan 'versatile' tu melekat dalam kepala sampai sekarang.Semoga dipermudahkan cita-cita ana untuk menjadi khalifah dan mukmin yang versatil. Ameen :)


No comments:

Post a Comment