Friday, 26 July 2013

Antara Ujian,Syukur dan Sahabat



Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Alhamdulillah…


‘Result’ tahun satu dah keluar.Pelbagai ragam kawan-kawan yang ana perhatikan di laman social.Ada yang bersyukur,ada yang sedih,kecewa,ada yang taknak tahu pasal ‘result’ dan ada juga yang duk menyibuk tanya ‘result’ orang lain.

Yang berjaya,ana ucapkan mabruk dan takziah. Takziah???Kenapa???Sebab Allah sedang menguji kamu dengan ujian kejayaan.Semoga dengan kejayaan antum dapat menyumbang kepada dakwah Islamiyah dan jangan lupa pulak orang kat sekeliling tu.

Yang ‘belum berjaya’,ana ucapkan tahniah dan takziah juga.Tahniah???Kenapa???Tahniah kerana Allah sedang uji kamu,kerana kamu mampu.Kalau ana berada ditempat antum,ana rasa tak mampu.Sesungguhnya,antum kuat.

"Kau boleh 'result' lawa,boleh ar cakap sabar,sabar.Ko bukan duk tempat aku pun...".
"Sabar itu separuh daripada iman,tapi yang 'pass' ko,aku tak 'pass'.Istighfar bro n sis.Ingat ni:

"Semoga kamu kuat sahabat"

Kenapa Allah nak bagi ujian kat hambanya???Allahkan Tuhan,takkan dia nak tengok hambanya susah.Bro n sis,ingat ni.Ada sebab Allah nak uji,antaranya:
1) Allah menguji sebab nak menaikkan darjat kita
2) Allah menguji sebab nak mengampunkan dosa-dosa kita
3) Allah menguji sebab nak hukum kita kerana dosa kita

Dan bila dah kena ujian,antum ada 2 je pilihan sama ada redha ataupun sebaliknya.
Pernah dengar tak konsep USAHA dan TAWAKKAL??
Bagi ana,usaha dan tawakkal tak cukup.Sepatutnya DOA,USAHA,DOA,TAWAKKAL,DOA.Ye,doa tu penting.Ini yang membezakan kita dengan orang bukan Islam.Mungkin kita diberi kegagalan sebab tak berdoa kat Allah.Mana tahu.Tepuk dada,tanya diri sendiri.

"Tadahlah tangan kamu ke langit,dan berdoalah"

Masa ‘result’ keluar penuh status kat fb “Alhamdulillah,kejayaan ni datang dari Allah,….bla… bla… bla…” dan tweet “Alhamdulillah,semua ni ada hikmahnya….bla..bla…”.Tapi dalam kerancakan status dan tweet di laman social masing-masing,terasa ada kehilangan.Kalau hari biasa,elok jer ‘post status’ dan tweet.Bila hari ‘result’,ada yang terus diamkan diri.Mengasingkan diri.Buat-buat tak tahu pasal ‘result’.Tapi dari sudut hati ana,”Mesti diaorang tengah ‘down’ ni… biar diaorang ‘cool down’ dulu ar….”.

Bila dah semua tenang,ana tanya khabar.Kebanyakan responden ‘down’ dan lagi ‘down’ bila tengok kawan-kawan diaorang berjaya dan ‘update’ status kat fb walaupun dengan perkataan ‘Alhamdulillah’.Psiko katanya.Ada yang ‘give up’,taknak teruskan perjuangan dalam bidang medik ni.Ada yang redha.Ada yang minta doakan supaya diberikan kekuatan.Dan macam-macam lagi.

Dan bila dah kena ujian tu,bersedialah,akan ada ujian lagi.Dan ujian semakin susah,makin susah.
Yang dah berjaya ni,takkan duk diam jer.Dah lupa kawan???Sekadar tenangkan hati kawan??
Apa peranan kita sebagai sahabat???Best tengok sahabat kesusahan???

"Dia tak lepas 'exam',b***h ar dia.Aku nak cari kawan lain la macam ni",
"Padan muka,tu la,sape suruh tak belajar,what you give,you get back",
"Laa... aku ingatkan dia pandai,dia bajet je lebih...Belajar entah ke mana....",
"Yes,aku lagi pandai daripada dia....".
Cuba 'check' dalam hati masing-masing,pernah terlintas tak dalam hati.Kalau ada,istighfar banyak-banyak.

Bagi ana,kalau dah terima kejayaan tu tak salah nak zahirkan kat laman sosial.Tapi kena ingat,bukan semua yang kat laman sosial tu menerima kejayaan yang sama macam kamu.Ada yang kena dhur,ada yang tak lepas tahun.So,hati kawan-kawan yang ‘belum berjaya’ ni kena jugak jaga.Tak kira niat kamu nak menunjuk ke nak zahirkan kesyukuran ke,ingat,tajdid niat balik dan jaga hati kawan.Kan lagi elok kalau sujud syukur dan buat majlis kesyukuran berbanding dengan zahirkan kesyukuran di laman sosial tapi tak sujud syukur dan dalam hati nak ‘menunjuk-nunjuk’.Nauzubillah.

Masa keadaan susah ni la,kita dapat tahu siapa kawan kita yang sebenar.
Kawan bersuka ria ramai,tapi kawan masa susah boleh kira dengan jari”.
Kita sahabat

Fikir-fikirkan.Tajdid niat.Jaga hati kawan.Bantu kawan.'Support kawan'.Doakan kawan-kawan kita kuat.



Sekian.

No comments:

Post a Comment