Tuesday 30 July 2013

Benda Haram pun Ada Yang Hikmahnya


Antara ramai-ramai,mesti ada dalam kalangan kita bila jumpa anjing,cuak la,rasa nak lari la,menyorok belakang badan orang lain la(macam la anjing tu tak nampak).Kita masyarakat Melayu dah diajar yang sentuh anjing atau babi haram dan kena samak.

Haa,nampak tak permainan kat situ.Yang sebenarnya,kalau sentuh anjing atau babi dan seangkatannya kena sertu.Bukan samak.Samak ialah cara membersihkan kulit binatang untuk tujuan tertentu dengan bahan-bahan tertentu.Semua dah tahu kot,cara nak sertu.Guna 1 air tanah,air mutlak,basuh 6,7 kali,hilang bau,warna dan rasa.Semua dah sedia maklumkan.

Nampak tak permainan kat situ lagi???Sebenarnya,tak ada dalil yang mengatakan sentuh binatang tu haram.Yang ada hanyalah makan binatang tu yang haram.Haa??Serius??

Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah : 173)

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”. 

(Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)

So,boleh la nak pegang anjing dengan babi,lepastu sertu ar.
"Tapi yang mung nok gi sentuh binatang tu buat mende??Sia-sia.Tak dok keje sungguh mung ni.Banyok lagi bendo huk mung boleh sentuh.Tayar lori ke,'mudguard' muto ke",kata seorang ustaz.

Pernah dengar cerita pasal seorang pelacur perempuan yang masuk syurga sebab bagi minum air kepada anjing yang kehausan?Ana bukan nak cerita pasal tu.Tapi ana nak berkongsi pesanan daripada Hassan Al-Basri yang mengaitkan anjing dengan sifat mulia orang mukmin.

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama:
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
-Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh

Kedua:
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah-randah mengikut keperluannya.
-Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga:
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
-Sifat ini sama seperti orang-orang yang cintakan Allah,sentiasa renggang punggunya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat:
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris
-Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima:
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya,tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.
-Sifat ini adalah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan gurunya.Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan pelbagai ujian.

Keenam:
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.
-Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadhu',orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh:
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain,dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagianya.

Kelapan:
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang khusyuk.

Kesembilan:
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh,tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja.
-Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t

Kesepuluh:
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya,dia tidak menoleh-noleh ke belakang.
-Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Kesimpulannya yang harus kita ambil dari petikan di atas,walaupun,anjing ini dikategorikan sebagai najis berat, tapi ada juga hikmah dijadikan oleh-Nya supaya kita ambil iktibar.Hebatnya ciptaan Allah.Allah tidak akan mencipta sesuatu sia-sia.Seharam-haram anjing pun,ada la jugak benda yang bermanfaat,yang boleh kita belajar daripadanya.So,jangan duk rasa yang kita ni 'loser'sangat.Jangan kata yang kita diciptakan sia-sia.Kita diciptakan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ni.'Chill' ok ^^


No comments:

Post a Comment