Monday, 22 July 2013

Boleh Sabar Tak???


Pukul 1.00 p.m.Masa tu ana tengah 'drive' kereta.Tiba kat 'traffic light' merah,ana pun berhenti.
Tiba-tiba kereta dari 'lane' sebelah kiri potong,langgar lampu merah(teknikalnya bukan langgar lampu,tapi langgar arahan lampu merah).Dalam hati ana,"Nak gi mane,cepat-cepat??Tak boleh sabar ke??Kalau 'accident'kan bahaya".
"Dia langgar lampu merah sebab nak buang air kot ataupun ada hal kecemasan." cepat-cepat ana pujuk hati ana daripada mencarut.

Terlintas kejap satu hadis nabi,

Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan hal tersebut". (HR. Bukhari & Muslim)
"Jangan uji kesabaran ana.Ana sabar ada 'limit' jugak tau.Sedangkan 'muscle contraction' ada 'limit' dia,menurut Frank-Starling law,the power of muscle contraction increase when the lenght of muscle fibre increase but within limit,macam tu la jugak sabar ana pun ada 'limit' jugak."(acecece... main hukum fizik pulak dah).Dik,sabar tiada batasnya.Tak caye??

Allah berfirman,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar: 10)
Satu lagi hadis yang 'famous',

Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda, "Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah". (HR. Bukhari)

Hek eleh,sabar je pun.Apa yang ana dapat kalau ana sabar???macam buang masa jer...

Daripada Anas bin Malik ra berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah berfirman:"Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya". (HR. Bukhari)

Syurga boh ganjaran dia.Ingat senang ke nak capai level syurga tu???Nak masuk tandas kat R&R pun kena bayar 30 sen.Bayangkan tempat yang kotor macamtu pun kena bayar,takkan syurga Allah yang penuh dengan nikmat boleh masuk 'free' jer???Jadi ape lagi???Sabar la.

Sekian.

No comments:

Post a Comment