Sunday, 21 July 2013

Tentang Cuti


Dah lama tak jejak tanah air,akhirnya diizinkan Allah bertemu keluarga,jiran dan rakan-rakan di Malaysia.9 bulan duk Mesir.Banyak benda yang belajar.Nak cerita pasal apa yang ana belajar kat Mesir banyak.Kena buat entry baru.hehe

Ni nak cerita pasal cuti.Sedih sebab kalau balik dalam bulan Ramadhan,1 hari atau 2 hari amalan 'burn'.Ruginya rasa.Tapi takpe,'top up' la balik kan.Nanti 10 Ramadhan yang terakhir,pulun ar.Nabi Muhammad s.a.w pun utamakan ibadat 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan.

Ummul Mu`minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan tentang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada 10 terakhir Ramadhan :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه

“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau mengencangkan tali sarungnya (yakni meningkat amalan ibadah beliau), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-isterinya.” Muttafaqun ‘alaihi

Haa,lari tajuk pulak.(takpe selingan manja katekan).Pelbagai ragam yang ana dapat perhatikan bila 9 bulan tak jumpa ana.Ada yang rindu.Ada yang biase jer (Sedihnya T.T) .
Haritu ada iftar dengan keluarga belah ayah.Nanti nak 'share' reaksi mereka.


Keluarga belah ayah:

"Ada bawak cenderahati tak?"
"Sini dengan sana,mana lagi 'best'??"
"Berapa lama cuti??"

Tu antara soalan yang 'famous' bila berjumpa dengan family.So,ana jawabla dengan jawapan markah penuh.



Lepas siap iftar dan terawih,ana pun ajakla keluar bermoreh dengan kawan-kawan satu matrik.3 orang jer yang sudi luangkan masa.Antara reaksi dan soalan mereka:

"Best tak 'study' sana??"
"Dah jumpa calon tulang rusuk kiri??"
"Bila nak kahwin??"
"Ramai tak pelajar Malaysia yang lawa-lawa??"

"Semua pelajar sana pergi ke kelas pakai jubah dan purdah ke??"

Haa,tu semua 'killer question'.Susah jugakla nak jawab soalan-soalan tu.Jawabla jugak soalan tu.Markah penuh tak penuh peduli ape.Demi bro.haha #BroCode


Lepas solat teraweh semalam,ana sempat bersalaman dengan tok imam.Dia sempat tanya:

"Macam mana keadaan Mesir sekarang??"
"Mursi kat mana sekarang??"
"Jauhkan tempat belajar dengan tempat rusuhan??"
"Balik sebab cuti belajar ke balik sebab 'evac' Ops Piramid 2.0??"

Menurut pandangan ana,komuniti yang berbeza,soalan pun berbeza.Kelompok keluarga kebanyakannya sudah tahu keadaan ana.Mungkin mereka dapat maklumat dari keluarga ana.Bila jumpa pun,tak banyak soalan-soalan 'killer'.Fuh,selamat.

Kelompok kawan-kawan sebaya pula,banyak menanyakan pasal perempuan,jodoh,pembelajaran dan sebagainya.Faham-fahamla budak-budak muda,perempuan tu menjadi 'priority'.Hehe.

Kelompok masyarakat pula,mereka lebih tertarik dengan isu politik dan keadaan Mesir.Alhamdulillah,ana ada isi nak dikongsikan dengan masyarakat.Mujur boleh jawab,kalau tak boleh jawab,malu.Duk 9 bulan kat Mesir tapi tak tahu apa-apa.

Kesimpulannya,pelajar-pelajar Mesir yang akan pulang ke Malaysia kena bersedia dengan ilmu.
Kelompok-kelompok inilah yang akan bertanya pelbagai soalan.So,kena bersedia dan peka dengan isu-isu semasa.Ada hadis tentang ilmu.


Mafhumnya: 
Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda:  
"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka". 
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Ramadhan Kareem!
Sekian.

No comments:

Post a Comment