Thursday, 27 September 2018

Tutorial Cara Download File Torrent Jadi Direct Link

Biasa kalau internet yang tak boleh nak P2P, akan ada masalah bila nak download file torrent. So, hari ni aku nak ajar korang macam mana nak download file torrent jadi direct link download. Mula-mula, korang download dulu file torrent.

Kalau movie aku suka download kat https://yts.am/



Then, korang cari la movie yang korang nak download. Macam contoh, aku nak download cite Solo Star Wars tu. Then, aku tekan la gambar poster movie Solo tu.


 Jadi, dia akan keluar benda camni. Then, korang tekan download yang warna hijau bawah poster movie tu.



Kemudian, korang pilih la kualiti yang mana korang nak. Lagi tinggi kualiti, lagi besar file download dan lagi lama masa menunggu. Aku pilih yang kualiti 720p je sebab yang tu pun dah lawa.

Bila korang dah download, korang akan dapat file ni. Ni la file torrent tu.
Kemudian, korang bukak website ni https://www.seedr.cc

Korang kena daftar dulu tau. Alaa free jer pun.Tekan sign up tu.

Nanti dia keluar macam gambar kat atas ni. Then, file torrent yang korang download tadi, korang drag je masuk sini.

 Bila dah masukkan file tadi, korang gerakkan cursor mouse korang ke file tadi. Nanti ada 3 benda yang dia akan muncul. Yang aku bulatkan dalam pen merah tu, tu butang download. Korang boleh tekan je kalau tak menyabo. Tapi macam aku, browser aku slow kalau nak download file besar2. Kadang2, dia putus sendiri. So, penyelesaian aku, korang right click yang simbol aku bulatkan merah tu.


Nanti akan keluar benda ni. Lepastu korang tekan 'Copy Download Link'. Lepas korang dah tekan, korang bukak apps 'Internet Download Manager'.

 Kemudian, korang tekan 'Add URL' yang kat atas belah kiri sekali yang warna kuning tu.

Then, dia akan keluar macam ni. So, korang paste je link yang korang copy tadi kat situ. Lepastu tekan OK.

Korang tunggu jap. Bila dia keluar gambar buku tu dengan berapa MB atau GB file korang, baru korang boleh tekan download. Then, Siap!

Oh lupa pulak, yang pasal website https://www.seedr.cc tu, korang ada limit 2GB je tau. Kalau nak lebih korang kena beli. Tapi korang jangan risau, bila dah habis download movie/file korang, korang bole drag balik file movie lain. Dun worry. Kalau movie korang kurang daripada 1gb, so korang boleh letak 2 file dalam satu masa. Bila dah habis download, buang la. Senang kan?

Share tips/tutorial ini kalau membantu :)






No comments:

Post a Comment